Friday, April 1, 2011

thank you ALLAH...~


bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...syukur kepada ALLAH sy panjatkn kerana hari ini...sy sudah dpt menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi skarang.. nak x nk...sy terpaksa terima..ini sudah tercatat sbg suratan takdir sy untuk mencari rezeki di bumi ini...segalanya harus difikirkan positif...

masalah... x kan pernah hilang walau di mana pn sy berada...cuma bentuk permasalahan yang berbeza... jika tiada masalah, tidak mustahil sy akan alpa dengan arus kesenangan dan kesenangan... segala keinginan dpt dipenuhi dengan senang dan hanya bergoyang kaki...segala cabaran yg kuat tidak dpt ditimba...

2 bulan sy di bumi beladin ini..pelbagai pengalaman, cabaran, dugaan, dan ujian telah sy dpt pelajari dan tempuhi... dari segi positifnya...penghijrahan sy ke bumi kenyalang ini sedikit sebanyak membolehkan sy mengenali budaya dan kehidupan masyarakt bumiputera sarawak di sini, yg juga merupakan sebahagian daripada rakyat MALAYSIA.... kedua, sy juga dpt melancong ke kawasan2 sekitar negeri SARAWAK seperti Kuching dan Sibu, yang takkan mungkin sy jejaki andai tidak dipostingkan ke sini...ALHAMDULILLAH...syukur ya ALLAH...

kehidupan di sini...jarak perjalanan dari satu kawasn ke satu kawasan adalah jauh... dan di antaranya serta di sepanjang perjalanannya kebanyakan dipisahkan oleh kawasan perkampungan Iban...dan secara tak langsung takkan kelihatan surau apatah lagi binaan masjid di sepanjang perjalanan tersebut...ya, boleh jamak, tp setakat ini, kerap juga terpaksa mengqada'kan solat krn tidak sempat untuk menunaikan solat pd waktunya...krn kesulitan itu...SYUKUR lg pada-NYA krn diberikan rukhsah kpd kita dlm mengerjakan solat...ALHAMDULILLAH...

seterusnya...masalah disiplin pelajar di sekolah... ya...mmg benar di mana2 sahaja ada pelajar yg bermasalah...walhal pelajar cemerlang di asrama penuh sekalipun...cuma masalahnya yang berbeza...mengikut budaya dan kehidupan mereka... minggu lepas..ak mengmbil peluang untuk mendekati kehidupan pelajar-pelajarku...terkejut dan mengucap panjang apabila mereka dengan jujur mengaku pernah berjudi dan minum arak...biarpun mereka baru sahaja di tingkatan 1 dan 2... bila ditanya hukum minum arak dan berjudi dlm ISLAM, mereka sudah sedia tahu bahawa ianya HARAM... SUBHANALLAH...harapanku...semoga nasihat yang telah diberikan kepada mereka semua itu dpt menginsafkan mereka..

ujian dan cabaran seterusnya bagi saya di sini ialah...di pertanggungjawabkan untuk "menjaga" pelajar- pelajar yang paling nakal dan palin ssah di bimibing di sekolah...pelbagai masalah yang terpaksa ak hadapi dan perlu menyelesaikannya... baru - baru ini...ada seorang pelajar yang memang sudah tidak mahu ke sekolah...dan mahu bekerja sbg nelayan...biarpun br di tingkatan 1 dan masih berperangai kebudak - budakan... yg terbaru, seorang pelajar kelasku tidak mahu lg ke sekolah kerana di buli oleh rakan - rakan sekelas ku dgn teruk...pernah keadaan kelas tersebut langsung tidak dpt di kawal...mereka semua berjalan., berlari, bergurau senda, menyanyi dan mcm2 lg semasa sy mengajar....setiap teguran dan dendaan tidak di endah...

seterusnya ada juga apabila sy menegur mereka, di balas dengan ayat yang kurang ajar dan amat biadap..serta diugut dengan cara yang kasar...tp secara positif nya...sy perlu menganggap mereka cuma hanya mahu bergurau serta mahu diberikan perhatian...iALLLAH...semoga sy terus kuat dan tabah serta sabar dengan sitausi pelajar- pelajar saya ini....

pengalaman dan kegembiraan sy sepanjang berada di bumi kenyalang ini...sy dpt mempelajari kehidupan berdikari apabila berjauhan daripada keluarga sy...kini, sy mampu menyediakan masakan yang pelbagai dan isitmewa...ALLHAMDULILLAH...ya lah...di kawasan sy ini mmg susah untuk mendapatkan makanan2 yg isitmewa dan mudah untuk didapati di pekan2 mahupun di bandar2 besar...jadi segala keinginan untuk "makan sedap" perlu diusahakan sendiri dengan cara memasaknya...dan inilah cita-cita dan impian sy sejak dari dulu lg...ALHAMDULILLAH...semoga untuk kehidupan yang akan dtg...sy dpt memahirkan diri dengan masakan istimewa dengan lebih banyak lagi...kehidupan saya di sini juga secara tidak langsung dpt melatih diri sy untuk menjadi seorang WANITA TERBAIK untuk suami dan anak-anak serta ibu bapa sy nanti...INSYAALLAH..*ehem2* (siapakah dia...) itulah cita- cita sy selama ini...mahu menjadi yang terbaik untuk insan-insan yang sy sayangi dan cintai...insyaALLAH...

  








^^

sekian sahaja coretan saya untuk kali ini...akhirulkalam...wassalam...



No comments: