ya RAHMAN...ya RAHIM....
baru sahaja usai solat terawikh bersama osmet2 sy... alhamdulillah...berjaya juga saya melengkapkan manisnya RAMADHAN sehingga malam ke-9 ini... syukur pada-MU ya RABB... ya...tahun ini saya hanya berterawikh di rumah sahaja... kerana peristiwa rumah kami diceroboh sedikit sebanyak merisaukan kami untuk keluar rumah pada setiap malam... anak2 muda berkeliaran di hadapan rumah kami sahaj setiap malam...tidak mengira RAMADHAN atau tidak...berpesta arak di hadapan rumah kami...
keadaan tersebut membuat kami mengambil keputusan untuk berterawikh bersama2 di rumah sahaja...namun alhamdulillah...kami berjaya merasai kemanisan di bulan RAMADHAN ini...
di bulan RAMADHAN ini juga kami diuji apabila pada hari pertama RAMADHAN lagi kami dilanda krisis air...cuaca yang cukup panas membahang...tanpa setitik air pn yg keluar...mengharapakn air hujan sahaja...namun setelah 2 hari berpuasa air keluar juga dr pili tersebut... namun..tiba2 air tersebut berasa yang teramat masin...bagaikan air garam yang keluar dr pili tersebut...
sampai ke hari ini...air garam tersebut lah yg keluar...air hujan pula kurang bersih...bayangkan apabila tikus2 bermain di tangki tersebut yang hanya ditutup dgn jaring...
kesannya sekarang...gigi saya sudah tidak sihat dan selalu sakit2... bdan telah mengalami gatal2...muka berjerawat... begitu juga dgn rakan2 yg lain...
itulah dugaan yang terpaksa kami hadapi disini yang dianggap sbg cabaran menempuhi kehidupan sbg guru di perantuan demi anak2 didik kami di sini... BERTAHAN...dan hanya doa dr org2 tersayang serta kata2 semangat dr mereka shj penguat kami...
*semoga kami terus diberi kekuatan selama berada disini...bukan kami x mahu berkhidmat di pedalaman...namun pihak bertanggungjawab dengarlah suara2 kami...luahan hati kami...kesusahan kami di sini...jika kami layak diberi elaun kesusahan...kenapa ia tidak diberikan...bukan kami mengharapkan balasan...namun kesusahan kami di sini x siapa yg bertanggungjawab memahami...dibuat aduan..namun kami juga yang dipersalahkan... semoga kami semua trus tabah... *
No comments:
Post a Comment